Sunday 23 November 2014



APA ITU PLATELET ??? 


Gambar 1 : Struktur Platelet

  • Platelet merupakan salah satu daripada komponen-komponen darah manusia
  • Nama saintifiknya adalah trombosit
  • Komponen-komponen darah :
    1. Sel darah merah ( Eritrosit )
    2. Sel darah putih ( Leukosit )
    3. Platelet ( Trombosit )
    4. Plasma 



Gambar 2 : Komponen-komponen darah



  • Paling kecil dan paling ringan dalam sel darah,bersaiz 2-4 mikron (hanya boleh dilihat bawah mikroskop)
  • Dihasilkan di sum-sum tulang oleh fragmentasi megakariosit.
  • Julat Normal : 150 000 - 450 000 / mikroliter

BAGAIMANA LANGKAH PENYEDIAANNYA?

  1. Darah penuh perlu dibiarkan dengan mengemparkannya pada kelajuan 2500rpm pada suhu 20 darjah celcius selama 3 minit.
  2. Selepas diempar,plasma yang terpisah perlu dipindahkan ke dalam beg yang kedua(platelet rich plasma)
  3. Beg 'platelet rich plasma' diempar pada 4100rpm selama 5 minit
  4. Dua lapisan akan terbentuk selepas pengemparan iaitu
    1. Mendapan plasma
    2. Supernatan
  5. Mendapan plasma adalah mendapan platelet.Ampaian disediakan semula pada suhu bilik selama 1-2 jam dengan menggunakan tangan secaran perlahan ataupun mengguanakan 'slow rotater' bagi mengelakkan platelet berkelompok.Jika mendapan platelet itu disimpan dalam sistem tertutup selama 72 jam pada suhu 22 darjah celcius,ianya dikenali sebagai Platelet Concentrate
  6. Manakala supernatan bagi hasil pengemparan 'platelet rich plasma' dikenali sebagai 'platelet poor plasma' dan dibekukan sebagai fresh frozen plasma(FFP)

APAKAH FUNGSI PLATELET ??? 

  • Struktur platelet yang kecil dan ringan memudahkannya ditolak keluar dari salur darah ke dinding salur darah. 
  • "Mereka" ini akan berada sepanjang permukaan dinding salur darah di mana dinding-dinding ini dilapisi oleh sel-sel  endothelium. 
  • Endotelium adalah permukaan yang sangat khusus, seperti Teflon di mana dinding ini menghalang bahan-bahan daripada melekat pada dindingya. 
  • Namun apabila terdapat kecederaan,dinding endothelium akan rosak dan meyebabkan berlakunya pendedahan kepada darah yang mengalir. 
  • Platelet yang ada dalam salur darah akan bertindakbalas dengan kecederan tersebut. Gentian pada dinding salur darah akan menarik platelet seperti magnet dan platelet akan menggumpal pada gentian ini bagi mengelakkan pendarahan.
  • Kesimpulannya,fungsi bagi platelet yang utama adalah menghentikan pendarahan yang berlaku menjadi lebih teruk.

Gambar 3 : Fungsi platelet




DOS DAN ADMINISTRASI

  1. Kebiasaannya ujian keserasian tidak akan dilakukan kecuali bagi kes-kes yang tertentu.
  2. Jika melibatkan transfusi bagi isipadu yang banyak atau si penerima tersebut adalah bayi maka plasma penderma dengan SDM bayi hendaklah serasi.
  3. Jumlah yang hendak ditransfusikan adalah bergantung kepada keadaan seseorang pesakit itu.



BAGAIMANA DENGAN KESAN SAMPINGAN ??

Reaksi selepas transfusi akan juga berlaku seperti :
  1. Terkontaminasi oleh bakteria
  2. Alloimunisasi : Antigen yang perlbagai pada platelet, termasuklah Human Leococyte             Antigen(HLA) dan platelet-spesifik antigen.
  3. Alloimunisasi SDM :Antigen SDM yang hadir dalam unit platelet concentrate berimunisasi.
  4. Platelet akan menjadi kurang efektif selepas di dermakan ke pesakit kerana sistem tubuh pesakit akan mengesan platelet tersebut sebagai bendasing.

RUJUKAN :


  • http://www.hopkinsmedicine.org/heart_vascular_institute/clinical_services/centers_excellence/womens_cardiovascular_health_center/patient_information/health_topics/platelets.html

  • http://anthro.palomar.edu/blood/blood_components.htm
  • http://biomedx.com/microscopes/training/LB3.html
  • https://www.youtube.com/watch?v=KtmHdGRBE2E
  • http://www.ouhsc.edu/platelets/Platelets/platelets%20intro.html
  • http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC291933/
  • http://www.macmillan.org.uk/Cancerinformation/Cancertreatment/Treatmenttypes/Supportivetherapies/Platelettransfusions.aspx



!!! Jika Ada Salah Dan Silap Mohon Ditegur !!! :)

No comments:

Post a Comment